Kelab Pengguna Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan

Sunday 22 April 2012

Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan

 Salam dan selamat sejahtera ,slogan ‘Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan ‘bukan bermaksud berhenti mendadak dalam perniagaan.Sebenarnya, maksud slogan ‘Berhenti Membeli Belah Mulakan Kehidupan’adalah bermaksud  untuk mengurangkan membeli belah secara  boros dan hendaklah berbelanja secara berhemah.
            .Ramai masyarakat zaman ini lebih suka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di pusat-pusat hiburan seperti pusat beli-belah. Kebanyakan masyarakat suka menghabiskan wang secara berlebih-lebihan dengan membeli-belah  melebihi  keperluan seharian. Hal ini meyebabkan wang yang digunakan oleh masyarakat tidak bertepatan dengan ekonomi pada masa ini. Ekonomi kian merosot oleh kerana  kekurangan wang untuk membayar gaji pekerja. Ini disebabkan oleh sikap sesetengah masyarakat yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan membeli-belah melebihi kemampuan dan keperluan. Mereka berbelanja mengikut kemahuan dan nafsu sehingga terdesak untuk meminjam wang dengan pelbagai cara,contohnya penggunaan kad kredit  yang terlampau dan melalui pinjaman ALONG dan juga melalui institusi pinjaman bank. Akibatnya bebanan hutang semakin bertambah jika tidak dapat melunaskan pinjaman tersebut mengikut perjanjian atau tarikh yang ditetapkan. Selain itu, turut menjadi akibat jika  kes jenayah semakin berleluasa. Disebabkan   kekurangan wang,  mereka terpaksa  mencuri,merompak,membunuh,meragut dan menculik kanak-kanak demi untuk mendapatkan wang tebusan . Tidak hairanlah jika segelintir masyarakat mengambil dadah oleh kerana tekanan yang melanda diri mereka.
        
 Sebagai pengguna yang bijak,kita boleh berbelanja secara berhemah melalui beberapa cara iaitu:
1.menetapkan perbelanjaan bulanan dengan nisbah 3:1 untuk keperluan dan kemahuan.
2.menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sahaja.
3.berusaha sebaik mungkin untuk membeli secara berseorangan
4.berfikir sama ada barang itu keperluan atau kemahuan..
        Sebagai pengguna juga hendaklah memaksimakan kreativiti dan inovasi dalam kehidupan seperti:
1.bercucuk tanam separti sayur-sayuran,buah-buahan dan lain-lain
2.mengitar semula bahan terbuang seperti surat khabar,kayu plastik tin dan lain-lain


 Akhir kata dari saya, berhenti membeli belah berlebihan, kerana ianya membawa padah bukan sahaja merugikan diri sendiri malah menjejaskan ekonomi negara.Islam lebih menggalakan umatnya agar berbelanja secara bersederhana. Sabda rasulallah bermaksud,”90%punca rezeki adala dari perniagaan”.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 19 April 2012

Hak Pengguna

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
*Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya


Hak untuk mendapatkan keselamatan
*Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.


Hak untuk mendapatkan maklumat
*Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.


Hak untuk membuat pilihan
*Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.


Hak untuk bersuara
*Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.


Hak untuk mendapatkan ganti rugi
*Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
*Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 24 March 2012

Berhenti Membeli Belah , Mulakan Kehidupan

Assalammualaikum. Slogan 'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' bukanlah bermaksud berhenti secara total dalam urusan perniagaan. Sabda Rasulullah, ''90 % punca rezeki adalah dari perniagaan'', jadi bagaimana kita hendak membantutkan punca rezeki??


Sebenarnya, maksud slogan  'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' adalah untuk meminimumkan aktiviti beli belah yang kian melampau dan memaksimakan kreativiti dan inovasi diri dalam meneruskan kehidupan. Hal ini berikutan daripada masalah ekonomi dunia yang sangat membimbangkan.


 Antara cara untuk meminimumkan aktiviti beli belah ialah :-






1. menetapkan perbelanjaan bulanan dengan nisbah 3:1 untuk keperluan dan kemahuan
2. menyenaraikan barang keperluan sahaja ketika membeli belah.
3. berusaha sebaik mungkin untuk membeli belah secara berseorangan.
4. berfikir dua kali sama ada barang yang hendak dibeli merupakan keperluan atau kemahuan.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen